Archive for the 'Sitinurul Zahra' Category

16
Apr
08

Adakah saya seorang yang bermaruah?

Oleh Sitinurul Zahra

Setiap kali aku membuka blog-blog popular yang ada semuanya mengenai politik, politik, dan politik. Nak muntah rasanya. Bagaimana dengan golongan belia seperti aku yang menuntut perhatian. Hanya berita sensasi Sufiah sahaja yang dilaporkan untuk meraih populariti. Kami di lupakan sehinggakan segalanya disalahkan kerana kami masih muda, darah muda kata mereka. Kadar jenayah makin meningkat dan juga pesakit mental dikalangan remaja.

Baru-baru ini ketika semua orang asyik menulis jawapan , mata aku terlihat sesuatu yang luarbiasa dan aku tahu ramai yang tahu apa aku maksudkan. Meniru. Sejak peristiwa itu berlaku aku sering sahaja ‘mengelamun’. Banyak persoalan yang bermain difikiran. Dari situ aku simpulkan perkara penting mengenai maruah. Continue reading ‘Adakah saya seorang yang bermaruah?’

07
Apr
08

Keluar dari tempurung

Oleh Siti Nurulzahra

Seperti yang kita maklum pusat pengajian tinggi seharusnya melahirkan golongan yang mampu berfikir dan meneraju perubahan bukan mengekalkan budaya lapuk yang dipegang oleh golongan ‘tua’. Dengan apa yang kita lihat kini merupakan budaya lapuk yang dipegang oleh golongan yang ‘senang’ dengan apa yang mereka amalkan seperti membazir duit untuk aktiviti yang tidak berilmiah. Gejala seperti ini tidak dapat kita lihat jika kita berada di Amerika Syarikat, Australia, India dan jiran kita Indonesia. Apa yang berlaku kini memang menakutkan sehingga ‘urat saraf’ kita tidak lagi menunjukkan respon. Mengapa terjadi begitu sehingga tiada lagi respon?

Mungkin kerana kita sedar adanya tali-tali yang mengikat kita. Tali-tali itu sudah semestinya anda tahu dan sedar kewujudanya. Contohnya pihak berkuasa, media, persatuan dan juga pihak individu yang dekat pada kita. Lihatlah saja jika kita ungkitkan mengenai politik ada saja suara sumbang yang mendendangkan lagu keroncong mengatakan ini bukan masanya. Aduh! Continue reading ‘Keluar dari tempurung’

21
Mar
08

Berita Kampusku sayang…

Oleh Siti Nurulzahra

bebasminda.jpg

Berita Kampus merupakan warta yang dihasilkan oleh mahasiswa Universiti Sains Malaysia yang seharusnya melambangkan para pelajar itu sendiri. Dari segi pemikiran dan perspektif mereka sendiri. Apa yang dilihat dari berita yang dilaporkan hanyalah berkisarkan mengenai program mahupun buah fikiran dari pihak pentadbiran universiti sahaja. Adakah mahasiswa kita hanya tahu melaporkan mengenai apa yang berlaku dikampus sahaja tanpa mengupas isu semasa, politik dan ekonomi? Continue reading ‘Berita Kampusku sayang…’

20
Feb
08

Semua Ini

Oleh Siti Nurulzahra

semuaini.jpg

Semua ini ada kaitan dengan aku dan kamu. Petang tadi kawan aku memberitahu berita-berita terbaru mengenai kawan-kawan kami yang berada disana. Disebabkan sudah lama kiranya aku tidak lepak bersama mereka aku ketinggalan cerita dan gosip-gosip panas mengenai apa yang berlaku dalam hidup mereka. Mereka semua kawan aku sejak masih ditingkatan 3 lagi sampailah sekarang. Walaupun kami mempunyai identiti dan personaliti yang berlainan namun kami saling melengkapi dan memahami. Continue reading ‘Semua Ini’

01
Feb
08

Pendidikan di Malaysia sungguh terrer

Oleh Sitinurul Zahra

Perasaan ini dah lama aku simpan. Perasaan tidak puas hati. Akibat terlalu sakit hati aku buat tidak endah dan tidak peduli. Tapi sekarang tak tahan. Banyak sangat yang perlu dipersoalkan. Ini mengenai sistem pendidikan negara. Oh Eng Kiat tanya pandangan aku mengenai kes Lingam. Yang itu kena tunggu dululah sebab aku memang kena cakap pasal benda ini.

Pada pandangan aku sistem pendidikan negara kita tidak membuatkan pelajar berfikir secara terbuka dan mempersoalkan sesuatu. Apatah lagi berfikir diluar kotak. Para pelajar hanya mengikut telunjuk guru–guru sahaja, mendengar ucapan Guru Besar selama berjam–jam sampai mengambil masa pembelajaran, melihat guru membaling buku dan cikgu yang tidak menunaikan kewajipan kerana sibuk menjual kain. Semua ini merugikan ramai pihak. Terutamanya negara. Yelah bila pelajar itu dah melihat dunia dan menyedari kelemahan ini dia tidak akan lagi mahu hidup di sini dan Malaysia akan kehilangan ramai golongan profesional. Continue reading ‘Pendidikan di Malaysia sungguh terrer’

26
Jan
08

Serabut

Oleh Sitinurul Zahra

Aku tidak tahu nak tulis apa sebenarnya. Terlalu berserabut otak aku ini. Gaya penulisan aku juga sudah banyak dipengaruhi dengan gaya santai. Harap tahun ini menjanjikan kita suatu kelainan. Kemenangan mungkin. Ialah nak pilihan raya bukan. Kadar jenayah juga semakin tinggi. Baru tadi aku dengar pasal orang minyak kat sini. Seram. Continue reading ‘Serabut’

22
Sep
07

Adakah aku tahu?

Oleh Sitinurul Zahra

Baru-baru ini negara kita baru menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-50. Banyak program yang disusun untuk memeriahkan lagi sambutan. Nampaknya banyak program yang dibuat itu tidak pun memperkasakan masyarakat mengenai cabaran mahupun mengenai tanggungjawab mereka terhadap pembangunan dan ketenteraman negara. Program yang dijalankan hanyalah bertujuan untuk menghiburkan dan melalaikan masyarakat sahaja.

Sebagai seorang individu yang merdeka kita perlu tahu mengenai apa yang berlaku dan dapat membuat penilaian terhadap perkara yang memerlukan perhatian. Lebih-lebih lagi sebagai warga institusi pengajian tinggi. Kita tidak seharusnya akur dengan segala perintah yang diberi.Kita sepatutnya mempersoalkan perintah tersebut.Ini kerana kita bukanlah haiwan mahupun pelajar sekolah. Seharusnya mahasiswa dan mahasiswi dapat berfikir secara kritikal dan mengutarakan idea yang bernas mengenai sesuatu yang diutarakan. Dengan ini pelajar institusi IPTA haruslah banyak membaca, bertanya dan berbincang.Ini membuatkan seseorang itu dapat memahami sesuatu topik itu dengan lebih jelas dan mendalam. Continue reading ‘Adakah aku tahu?’