Oleh Sitinurul Zahra
Setiap kali aku membuka blog-blog popular yang ada semuanya mengenai politik, politik, dan politik. Nak muntah rasanya. Bagaimana dengan golongan belia seperti aku yang menuntut perhatian. Hanya berita sensasi Sufiah sahaja yang dilaporkan untuk meraih populariti. Kami di lupakan sehinggakan segalanya disalahkan kerana kami masih muda, darah muda kata mereka. Kadar jenayah makin meningkat dan juga pesakit mental dikalangan remaja.
Baru-baru ini ketika semua orang asyik menulis jawapan , mata aku terlihat sesuatu yang luarbiasa dan aku tahu ramai yang tahu apa aku maksudkan. Meniru. Sejak peristiwa itu berlaku aku sering sahaja ‘mengelamun’. Banyak persoalan yang bermain difikiran. Dari situ aku simpulkan perkara penting mengenai maruah.
Ingat lagi mengenai kes seorang pelajar perempuan yang bernama S. Subashimi yang berumur 12 tahun membunuh diri kerana keputusan peperiksaanya tidak memuaskan?
Banyak kes-kes seperti ini berlaku saban hari.
Biarpun kini semuanya mengenai berapa banyak markah yang kita dapat untuk membolehkan kita berjaya mendapatkan kerja di luar sana namun itu bukanlah segala-galanya. Aku tidak percaya pada sistem peperiksaan. Sistem ini tidak memperlihatkan kebolehan yang sebenar pada diri pelajar. Lihat sahaja pelajar-pelajar sekolah sekarang semuanya berlumba-lumba untuk mencapai ‘bergelen-gelen’ A setiap kali peperiksaan berlangsung.Sehinggakan ‘semangat’ ini dibawa masuk ke dalam universiti sehinggakan ada yang sanggup membawa nota masuk ke dewan peperiksaan.
“And in the end it’s not the years in your life that count. It’s the life in your years.” Ini apa yang dikatakan oleh Abraham Lincoln mengenai kehidupan. Hidup ini bukanlah semata-mata untuk meraih seberapa banyak ‘A’ tetapi ia lebih dari itu. Tidak semestinya hari ini kita belajar mengenai kewartawanan dan esok kita akan bekerja sebagai wartawan. Mungkin esok kita akan bekerja sebagai akauntan. Jadi sebagai seorang yang percaya pada Tuhan dan diri sendiri kita perlulah percaya suatu hari nanti kita akan berjaya biarpun sebelum dan sekarang ini kita menghadapi kegagalan.
Sebagai seorang yang bermaruah kita seharusnya tahu mengenai hak kita sebagai seorang individu atau rakyat. Apa yang aku lakukan tempoh hari merupakan tanggungjawab aku sebagai seorang mahasiswa. Jadi jangan salahkan aku. Sebagai seorang yang percaya pada ketelusan aku tidak mahu bersikap sambil lewa sehinggakan sanggup membiarkan orang meniru di dalam dewan peperiksaan walaupun dia adalah kawan baik. Kita punyai hak untuk di hormati, di kasihi dan lain-lain.Ya bukan senang untuk menjadi seorang yang bermaruah. Apatah lagi jika ia bersangkut paut dengan ‘cinta’ yang melibatkan orang yang kita kasihi.
Seperti Eleanor Marx dan Frida Kahlo yang merupakan wanita yang mempunyai pengaruh dalam sejarah dunia juga tidak dapat lari dari kecundang disebabkan cinta. Mereka berdua membiarkan hak mereka ‘dicabul’ kerana membiarkan pasangan mereka bermain kayu tiga dan seterusnya peristiwa itu menjadi nanah didalam hidup mereka. Wanita waja ini tidak mempertahankan hak mereka sebagai seorang wanita yang mahu pasangan mereka berlaku adil. Hak bukan hanya hak untuk mendapatkan keperluan asas namun hak untuk dilayan secara saksama dan dengan ‘pencerahan’ mengenai hak itu kita dapat hidup secara bermaruah dan tidak diperlakukan secara zalim.
Memang susah untuk kita menjadi seorang yang bermaruah. Orang lain lebih suka menjadi seorang yang bermuka-muka untuk mendapatkan habuan kerana apa yang penting bagi mereka ialah duit, kuasa dan pangkat. Maruah hanya dipandang enteng. Maruah juga disalah pakai contohnya kerana kawan dan ingin kekal didalam kumpulan individu sanggup ikut apa sahaja kawan mereka buat dan ini termasuklah dalam memilih kursus.
Jika semua mengambil kursus sains politik semuanya akan mengambil kursus tersebut biarpun tidak mempunyai minat terhadap kursus tersebut. Bila ada yang mahu mengambil kursus yang melibatkan pengiraan apa yang mereka katakan hanyalah negatif dan akhirnya tiada siapa yang berani mengambil kursus tersebut. Jika kita bermaruah semua anasir-anasir negatif itu tidak mendatangkan apa-apa kesan kepada kita.


Ia bukannya pada tangan seseorang individu untuk menentukan maruah. Ia juga bukannya pada tangan dan kuasa majoriti yang melakukan perkara-perkara bersama yang menentukan apa itu maruah. Ia hanyalah di tangan Tuhan. Saya ingin menyatakan bahawa kerisauan anda amat benar dan keadaan dunia kita sekarang ini dipenuhi dengan perkara-perkara yang tidak bermaruah. ia sukar untuk melakukan perkara yang betul dan perkara yang sepatutnya. Semoga, orang yang anda tegur boleh menginsafi perbuataannya dan bertekad untuk melakukan perkara yang betul.
Saudari penulis,
Adakah kita seorang yang bermaruah sekiranya kita hanya sekadar melihat kealpaan rakan-rakan seusia menidakkan tanggungjawab mereka sebagai ahli masyarakat?
Adakah kita seorang yang bermaruah jika kita membenarkan segelintir manusia bergelar politikus menentukan hidup kita mengikut acuan yang meletakkan keperluan diri mereka dihadapan keperluan negara?
Adakah mereka bermaruah?
Adakah perbuatan tidak bermaruah boleh menafikan satu lagi tindakan tidak bermaruah? Isu lompat parti politik haruslah dinilai dari segi maruah dan kredibiliti negara ataupun kerajaan sekiranya kita, belia membenarkan perkara ini berlaku. Ya, betul belia mahukan perubahan, rakyat dahagakan perubahan. Tapi kita tidak mahu selepas terlepas dari kandang singa, masuk pula kita ke dalam kolam dipenuhi buaya.
Medan politik terkenal dengan kerakusan sesetengah politikus untuk memenuhi impian masing-masing. Matlamat akan menghalalkan tindakan, itu kata mereka. Kata kita yang bermaruah ini, langkah mayat aku dahulu.
Katakan tidak kepada kerajaan yang ditubuhkan atas kesan daripada pemimpin lompat parti.
Menang biar bermaruah, kalah pun sama juga, dengan maruah.
Salam
Dublin, Ireland
janganlah ko ni cepat sangat nak jugde manusia tak bermaruah tu yg konon telah ‘meniru’..
pasai gua sebenarnya pun pernah buat perkara ‘terkutuk’ itu. mungkin gua blh cerita skit apa sebab2 berlaku perkara2 nih..
apa la yg gua pikirkan sampai terlibat dlm ini? mungkin.. tekanan dr keluarga utk excel dlm segala-galanya( x pernahkah anda melalui stress spt tu?) tekanan bkn shj utk excel dlm ko k, pembelajaran, kerja…. seorang yg popular dlm kalangan pelajar, lecturer, & semua yg kenalinya. semua mempunyai high expectations bhw individu ini memang akan succeed dlm segala yg disertai.
pasti anda x pernah melalui stress spt itu. pasai anda x aktif. anda cuma sorang pelajar biasa, x aktif dlm apa2, hari hari yg ko tau, belajar jer. coba jadi all rounder, baru tau stress, baru komen.
memang salah individu ini meniru, memang salah utk meniru, takde alasan utk tiru. tapi bagi dia peluang utk memperbetui diri. siaper ko utk menghakimi dia. kesalahan pasti akan diadili, tuhan maha esa.
bagi lah chance.. c’mon. don tel me u people out there x pernah terpikir nak meniru, atau memang pernah tiru. memang merupakan 1 pengalaman kan? takut, hati bedebak bedebuk tiap kali nak tipu, lepeh tu syok gila atau gembira semacam jer kalo x kena tangkap.
meh cerita skit gua nak dengar hak pasal eh. tau ni mmg topik taboo, memang takde org yg akan confess w/pun pernah meniru, well, this is komunikasi kampus, so speak up! nih intresting nih..
matlamat tidak menghalalkan cara. saya kagum dengan zara kerana punya keberanian untuk menegur. saya kagum sebab kalau saya berada di tempat zara pada waktu tersebut, mungkin saya buat tak kisah saja. tapi, bila dinilai semula, kalau kita berpendapat kesalahan “sekecil” itu boleh dipandang sebelah mata, bagaimana pula dengan kesalahan yang dilakukan terang-terangan? tidak kiralah apa alasannya, tekanan sehebat manapun, perkara yang salah tetap salah. bagi rakan seIslam, bukankah seharusnya kita sudah mengerti yang halal dan haram tidak boleh dicampur? benda yang halal apabila dicampur dengan unsur haram akan menjadi haram, dan hukumnya tetap haram. sekali lagi saya ingin katakan, sebagai peringatan untuk diri saya sendiri dan rakan-rakan, matlamat tidak menghalalkan cara.
yep..jgn menghalalkan sst yg mmg haram dilakukan..dari segi ltrblkg mmg its understandable but it gives us no rights & reason utk meniru sdgkan org lain with the same pressure & expectation work hard enough & resist from doing so.
i mean berbaloi ke A yg korang dpt sdgkan hakikatnya korang x layak dpt markah tue? and it will only merugikan kita balik coz what u got is not what u earn. ape yg u all jwb bukan ape yg u tau.
to me lebih baik i fail krn mmg tak tau drpd dpt A tp sbnrnya i tak tau..later on..bila u keje..satu ape pun u x reti..and then mulalah all this misusing … org lain yg buat keje ..org lain yg dpt nama…
if dari awal lg we dont train ourselve..later on it will drag on sampai ke besar..the ’seed’ we plant in ourselves will ‘grow’ eventually..baik atau buruk benih yg ditanam..lama2 akan besar and u cant stop urself from doing such act..
just bcoz we dont know that person doesnt mean we can judge them anything..true but their acts sendiri yg buat ppl judge them for what they do. dont judge a book by its cover but if the cover is already bad enough, how can u not judge? then again..its still God will be the judge in the end. Just hope that they dont wait until the judgement day to realize their wrongdoings.
kdg2 kita rasa org lain hebat tp bila dh tahu citer sebenar..xhebat mane pun..