Oleh Siti Nurulzahra
Seperti yang kita maklum pusat pengajian tinggi seharusnya melahirkan golongan yang mampu berfikir dan meneraju perubahan bukan mengekalkan budaya lapuk yang dipegang oleh golongan ‘tua’. Dengan apa yang kita lihat kini merupakan budaya lapuk yang dipegang oleh golongan yang ‘senang’ dengan apa yang mereka amalkan seperti membazir duit untuk aktiviti yang tidak berilmiah. Gejala seperti ini tidak dapat kita lihat jika kita berada di Amerika Syarikat, Australia, India dan jiran kita Indonesia. Apa yang berlaku kini memang menakutkan sehingga ‘urat saraf’ kita tidak lagi menunjukkan respon. Mengapa terjadi begitu sehingga tiada lagi respon?
Mungkin kerana kita sedar adanya tali-tali yang mengikat kita. Tali-tali itu sudah semestinya anda tahu dan sedar kewujudanya. Contohnya pihak berkuasa, media, persatuan dan juga pihak individu yang dekat pada kita. Lihatlah saja jika kita ungkitkan mengenai politik ada saja suara sumbang yang mendendangkan lagu keroncong mengatakan ini bukan masanya. Aduh!
Adakan anda berasa letih untuk memperjuangkan hak kita kerana setiap kali anda berjuang ada sahaja halangan dan kongkongan dari pihak tertentu?
Bukan anda sahaja yang berasa begitu. Ramai lagi yang berasa begitu.Jelas sebagai pendidik yang mengharapkan kita bersama dan berjuang bersama juga ‘pening kepala’ dengan situasi yang berlaku.Lihat sahaja suasana kampus yang ‘kosong’ apabila tibanya waktu berehat iaitu hari sabtu dan ahad. Tiada langsung aktiviti yang ‘meriah’ untuk kami sebagai pelajar untuk menambah pengatahuan diadakan.Kalau adapun semuanya perlukan duit. Adakah ini semuanya silap kami?
Dengan budaya yang diserapkan ini nampaknya para pelajar lebih suka duduk didalam bilik sambil berbual kosong dan melayari internet. Ini membuatkan kami lemah dan tidak mampu melahirkan pendapat dan idea yang bernas. Seperti yang kita tahu idea itu ada namun tidak ‘terpacul’ apabila perbincangan diadakan. Tidakkah anda kecewa?
Inikah apa yang kita harapkan apabila semua ini berlaku?
Aku percaya ramai yang mahukan perubahan namun mereka tidak tahu untuk berbuat apa-apa apabila orang ‘tua’ ini telah mendominasi dan membuatkan kami menjadi ‘katak dibawah tempurung’. Aku percaya kamu boleh menyuarakan suara anda melalui acara alternatif seperti ini walaupun dilihat cara ini tidak mampu melakukan perubahan seperti yang diharapkan.Kamu harus percaya cara alternatif ini boleh. Mahukan contoh kejayaan cara alternatif ini? Nampaknya kamu perlu membaca surat khabar maya. Percuma sahaja.
Biarpun kita dibentuk untuk tidak menyoalkan apa-apa itu tidak bermakna kamu tidak boleh berubah dan menyoal mengenai apa yang berlaku disekeliling anda sekarang. Seperti apa yang aku perhatikan kita dikongkong dengan aktiviti persatuan-persatuan yang boleh aku simpulkan dapat rencatkan minda para pelajar. Boleh dilihat ramai pelajar tidak mengikuti aktiviti berpesatuan ini. Namun tidak semua kita dapat melepaskan diri dari berbuat begitu kerana itu merupakan syarat untuk ‘mereka-mereka’ yang mahu menjadi pendidik.
Pada pendapat aku aktiviti itu hanya untuk mengokong diri aku dan bukan membuatkan aku lebih mampu bersuara atau pun membuahkan idea yang bernas. Lihat sahaja apa aktiviti mereka yang berpesatuan ini. Lihat dan fikir. Berkawat dan apa lagi?
Mahukah kita setia pada pemikiran lama yang jelas pada apa yang kita fikirkan itu tidak membawa untung apa-apa?
Jika kita mahu setia samalah kiranya kita dilahirkan tanpa perlu adanya minda untuk berfikir. Minda ini digunakan untuk memjana perubahan agar kita bergerak seiring dengan kemajuan yang semakin mara. Apa gunanya jika kita menggunakan minda ini hanya untuk merapu dan mengiyakan apa yang lapuk tanpa mempersoalkanya. Jangan lupa kita sebagai ajen perubahan harus gigih untuk memperjuangkan apa yang kita percaya. Tapi apa yang kita percaya itu perlulah sesuatu yang rasional.
Jiran kita banyak memberi aspirasi dengan menghasilkan buku-buku dan bahan-bahan media yang lain. Namun mengapa kita hanya memandang enteng sahaja terhadap apa yang mereka hasilkan? Aku rasa mereka lagi ‘cool’ dari kita. Lihat sahaja siapa diantara kita yang menggemari karya-karya yang dihasilkan oleh penulis dari ‘seberang’ itu. Nampaknya kita telah jauh terbelakang.Buku- buku yang dihasilkan mereka juga susah untuk kita mencapainya apalagi untuk meneliti hasil karya mereka. Kalau nak diharapkan kedai buku dikampus jangan haraplah mahu ketemu dengan karya-karya agong dari seberang. Bagaimana kita mahu memperjuangkan apa yang kita percaya jika ‘kitab-kitab’ hasil penulis berkaliber tidak kita baca dan teliti. Bukankah dengan pembacaan ia dapat mengukuhkan pemahaman dan membuatkan kita menjadi teliti dengan apa yang kita perjuangkan. Dengan hanya membaca novel cinta yang berharga Ringgit Malaysia 25 ringgit itu adakah kita dapat mengetahui mengenai Galileo Galilei dan S. H. Alatas.
Pembacaan, penelitian dan perbincangan sedikit sebanyak dapat menajamkan pemikiran yang membolehkan kita memahami apa yang berlaku disekeliling dan juga propaganda yang dibuat secara halus.Aku juga masih belajar dan itu tidak membuatkan aku harus tunggu hingga berumur 40ctahun untuk menyuarakan segala apa yang aku fikirkan.Masa itu aku ertikan aku sudah tua (hati masih muda).Jadi marilah kita bersama-sama ‘turun padang’ dan janganlah tunggu sehingga anda sudah mempunyai cicit kerana masa itu anda sudah letih menjadi kritikal rasanya.
haha nama pun cuti..rehatlah..penat woo..weekend2 ni balik kampung jumpa mak ayah lagi best hehe..bpekdah pun bpekdah.. jimat pun jimat, xyah la masak megi cup hari2 tengah xde pt..hehe
ya program tu perlu tapi jangan la banyak sangat. stakat mac ni pun, naik patah pinggang nak menguruskan aktiviti student. tanya je la sesape yg penah organize program mcm anekaragam ke, budaya ke, takat forum kecik pun dah cukup bz apatah lagi cultural fiesta & lets get together (ehem2
) bukan tiba2 je bleh booking dewan, dapat sponsor (nak minta kat dato? jangan harap la.. kurang2 atuk sendiri bagi time raya ja )
im sure ada je aktiviti yang baik student mahupun pensyarah & staff usm nak buat time2 cuti. bukan stakat kosong je.. ade yg pergi cuti sebatikal, pergi kursus meningkatkan skill, ade yg bagi kursus, ade yg nak marking paper expecially assignment & exam korang skrg, ade yg buat kelas ganti, ade yg buat bengkel LI time2 org dah habis peksa..waa..aku ade exam spanish lagi la time tu.. aduh!!
student plak, selain tgk wyg.. weii.. ‘L’ dah kuar weii.. hehe.. , dating dgn menjana ekonomi QB terutama lepas USM wat agreement dgn QB, sure ade keje sendiri, siapkan assignment, cuci baju yg seminggu tak berbasuh, kemas bilik, tgk hindustan ramai2, tgk Bella sampai penuh bilik TV, ya tentunya friendster, ym dan for sure baca dan bg comment membina kat kasikampus, ade yg study atau prepare nak buat presentation atau assignment yg bnyk gila readings nak baca sblm tarikh ajal..ha..macam mane tu???
ade masa buat program ade masa tak buat program..buat la program sendiri..rehat tu perlu beb..keje je 24 jam cuma membolehkan capitalism berterusan je.. keje..keje..keje..kang darah tinggi, sakit jantung, stress…sape susah? mereka dan keluarga mereka gak susah..hehe
so fikir2 dan renung2 kan lah bersama..
tempurung sebenarnya menyelamatkan kita dari terus terhantuk… fikir2 kan lah