Archive for April 7th, 2008

07
Apr
08

Keluar dari tempurung

Oleh Siti Nurulzahra

Seperti yang kita maklum pusat pengajian tinggi seharusnya melahirkan golongan yang mampu berfikir dan meneraju perubahan bukan mengekalkan budaya lapuk yang dipegang oleh golongan ‘tua’. Dengan apa yang kita lihat kini merupakan budaya lapuk yang dipegang oleh golongan yang ‘senang’ dengan apa yang mereka amalkan seperti membazir duit untuk aktiviti yang tidak berilmiah. Gejala seperti ini tidak dapat kita lihat jika kita berada di Amerika Syarikat, Australia, India dan jiran kita Indonesia. Apa yang berlaku kini memang menakutkan sehingga ‘urat saraf’ kita tidak lagi menunjukkan respon. Mengapa terjadi begitu sehingga tiada lagi respon?

Mungkin kerana kita sedar adanya tali-tali yang mengikat kita. Tali-tali itu sudah semestinya anda tahu dan sedar kewujudanya. Contohnya pihak berkuasa, media, persatuan dan juga pihak individu yang dekat pada kita. Lihatlah saja jika kita ungkitkan mengenai politik ada saja suara sumbang yang mendendangkan lagu keroncong mengatakan ini bukan masanya. Aduh! Continue reading ‘Keluar dari tempurung’