Oleh Siti Nurulzahra

Semua ini ada kaitan dengan aku dan kamu. Petang tadi kawan aku memberitahu berita-berita terbaru mengenai kawan-kawan kami yang berada disana. Disebabkan sudah lama kiranya aku tidak lepak bersama mereka aku ketinggalan cerita dan gosip-gosip panas mengenai apa yang berlaku dalam hidup mereka. Mereka semua kawan aku sejak masih ditingkatan 3 lagi sampailah sekarang. Walaupun kami mempunyai identiti dan personaliti yang berlainan namun kami saling melengkapi dan memahami.
Pada aku yang penting dalam persahabatan ialah memahami dan menerima disamping cuba menyedarkan kesilapan. Aku tahu peratus untuk mereka dengar apa yang kita katakan tidak semestinya akan diterima bulat-bulat. Namun kita telah lakukan yang terbaik untuk menyedarkan mereka. Bukan begitu? Inilah sikap yang sepatutnya ada pada kita semua agar dunia ini menjadi lebih aman biarpun kita berbeza dari segi warna kulit,kepercayaan mahupun agama.
Begini ceritanya. Kawan-kawan baik aku semuanya berada dimerata-rata contohnya di Zouk pada malam hari, Sintok pada siang hari dan di NZ,Wangsa Maju ketika senja menjelang. Begitulah rutin mereka ketika duit dipoket masih berada pada tempat yang sepatutnya. Kami gembira ketika suasana tenang.
Kawan aku semuanya mempunyai cita-cita yang besar. Ada yang menganjurkan kelas lakonan bersama kenalan dan ada juga yang mahu melanjutkan pelajaran ke luar negara. Namun sekarang mereka sebetulnya telah melupakan segalanya kerana sudah berada dilandasan yang boleh dipanggil ‘comfort’. Walaupun mereka tetap meneruskan hidup dengan bekerja dan belajar namun segalanya tidak dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Leka dengan kesenangan yang ada. Kesenangan itu termasuklah pertolongan dari kerajaan(PTPTN) dan juga duit duit dari ibu bapa. Itu belum termasuk dengan pertolongan-pertolongan lain.Semua ini membuatkan mereka leka dengan alam yang mereka cipta sendiri. Mereka terlampau mengambil kira mengenai benda yang remeh temeh seperti teman lelaki dan kehidupan sosial. Sanggup mabuk dan hilang arah semata-mata kerana bergaduh dengan teman lelaki yang aku fikir tidak guna kerana meninggalkan teman perempuanya semasa mabuk dan tidak mempunyai ‘transport’ untuk pulang. Bukankah semua ini ‘useless’ dan membuatkan kita melupakan benda yang sepatutnya kita fikirkan serta risaukan?
Apa yang baru aku sebutkan tadi bukanlah ‘trend’ baru yang berlaku dinegara kita. Ini bukan mengenai kawan aku yang mabuk itu tapi mengenai perangai atau ‘habit’ para pemimpin masa depan kita yang bakal mencorakan masa depan negara.
Pada hemat aku kita perlulah seimbang untuk merasai keseronokan yang ada dibumi ini disamping perlu juga kita melakukan sesuatu yang berfaedah.Mengapa aku katakan demikian? Ini kerana kita semua akan hidup dimuka bumi ini untuk jangka masa yang lama begitu juga dengan anak-anak kita mahupun cucu-cucu kita akan datang. Janganlah tanamkan sikap tidak apa dan semuanya akan kembali seperti sedia-kala.
Bagaimana semua ini akan menjadi seperti sedia kala kalau bukan kita yang mengubahnya? Perlukan kita menunggu 50 tahun lagi untuk ubah apa yang ada sekarang?
Sikap individualistik telah merebak dengan luasnya apabila media memainkan peranan mereka untuk menanam sifat ini dalam diri kita. Sedarlah yang kita perlukan sokongan ramai untuk menjadikan negara kita dan segalanya baik. Setiap individu itu mempunyai keistimewaan masing-masing maka gunalah anugerah Tuhan untuk kebaikan dan perubahan yang kita mahukan. Bukan dengan mabuk ditepi jalan sambil menangis kerana bergaduh dengan teman lelaki tak guna. Banyak yang boleh kita lakukan dari terus membazir masa tanpa ada panduan.
Buatlah pilihan yang tepat bila melakukan sesuatu. Jadilah rakyat yang tahu mengenai apa yang berlaku. Maksud aku bukan tahu siapa yang buang bayi hari ini atau ‘celebrity’ mana yang bercerai. Lupakanlah bahan media yang menjadikan anda senang dan lalai.
Lakukan sesuatu sebelum dari tidak.
eh, boleh post dlm bahasa malaysia eh?
boleh why cannot ma…tamil also can
tapi kena tanya EK lor
where is he aa?