01
Feb
08

Pendidikan di Malaysia sungguh terrer

Oleh Sitinurul Zahra

Perasaan ini dah lama aku simpan. Perasaan tidak puas hati. Akibat terlalu sakit hati aku buat tidak endah dan tidak peduli. Tapi sekarang tak tahan. Banyak sangat yang perlu dipersoalkan. Ini mengenai sistem pendidikan negara. Oh Eng Kiat tanya pandangan aku mengenai kes Lingam. Yang itu kena tunggu dululah sebab aku memang kena cakap pasal benda ini.

Pada pandangan aku sistem pendidikan negara kita tidak membuatkan pelajar berfikir secara terbuka dan mempersoalkan sesuatu. Apatah lagi berfikir diluar kotak. Para pelajar hanya mengikut telunjuk guru–guru sahaja, mendengar ucapan Guru Besar selama berjam–jam sampai mengambil masa pembelajaran, melihat guru membaling buku dan cikgu yang tidak menunaikan kewajipan kerana sibuk menjual kain. Semua ini merugikan ramai pihak. Terutamanya negara. Yelah bila pelajar itu dah melihat dunia dan menyedari kelemahan ini dia tidak akan lagi mahu hidup di sini dan Malaysia akan kehilangan ramai golongan profesional.

Perkara ini nampak sahaja remeh–temeh namun jika dibiarkan berlarutan ia akan menjadi nanah. Nampaknya pendidikan bukanlah percuma seperti yang dikatakan lepas bajet dibentangkan malah yuran sekolah telah naik dengan adanya bayaran tambahan untuk tandas dan makmal komputer. Banyak yang telah berubah sekarang. Dulu cikgu sanggup bersusah-payah mengajar anak murid sampai boleh mengenal huruf dan angka serta memberi semangat. Sekarang cikgu sibuk dengan fesyen dan pertandingan sekolah tercantik.

Sepatutnya cikgu memberikan maklumat terkini kepada pelajar. Bukan pergi membuat lawatan ke Cameron Highland.Ramai pelajar kini yang tersilap memilih jalan. Cikgu adalah segala-galanya pada pelajar namun terbalik jadinya. Banyak kes salah laku yang kita dengar mengenai cikgu-cikgu sekarang ini. Di mana salahnya?

Sistem pendidikan sepatutnya berkembang mengikut peralihan zaman. Dah kata zaman globalisasi dan sepatutnya sistem pendidikan negara kita mengikut corak semasa. Ini supaya para pelajar dapat bersaing dengan pelajar-pelajar dari negara lain diseluruh dunia. Dengan adanya teknologi yang canggih kini kita pastinya dapat bersaing dan mengikut perkembangan semasa. Bukan lagi sibuk mengadakan hal-hal yang sia-sia. Sekolah merupakan tempat bagi pelajar untuk mendapatkan sumber maklumat. Misalnya jika ada pameran pendidikan yang dianjurkan oleh akhbar The Star dan maklumat itu harus disebarkan kepada semua pelajar dan memberi tahu mengapa pameran ini penting bagi mereka.

Maklumat sangat penting bukan sahaja mengenai maklumat yang boleh kita dapat dari buku sejarah sekolah berversi penjajah sahaja. Oleh itu apabila sekolah memberikan maklumat mengenai dunia luar para pelajar tidak akan lagi terumbang-ambing mencari hala tuju dan mereka akan cepat matang.

Aku memang geramlah. Dulu aku tidak tahu apa-apa pun. Macam pendidikan seks hanya diajar mengenai organ seks sahaja. Bukan mengenai penyakit-penyakit yang boleh berjangkit bila melakukan seks. Aku setuju seratus peratus mengenai perkara ini perlu diberi tahu dan diajar di sekolah-sekolah.

Memandangkan ramai pelajar-pelajar yang tahu pasal seks tapi masih samar-samar dan juga kerana pergaulan bebas yang diamalkan sekarang ini. Walaupun benda ini masih menjadi sesuatu yang luar biasa bagi masyarakat kita namun ini merupakan maklumat yang membolehkan para pelajar mengambil langkah berjaga-jaga.

Bagi pelajar di luar bandar pula mereka kekurangan sumber alternatif dan ini sangat menakutkan kerana mereka tidak terdedah dengan pandangan atau idea yang berlainan dari apa yang mereka dengar atau fikir. Idea atau pandang yang berlainan ini penting untuk mengasah minda supaya lebih kritis dengan tidak hanya pada satu pihak sahaja. Hanya surat khabar aliran perdana dan bahan media biasa yang lain menjadi sumber maklumat. Semua ini dikuasai oleh satu kuasa dan semua yang dihasilkan mereka itu untuk kepentingan pihak tersebut maka para pelajar hanya mendengar, melihat dan membaca dari satu sisi perspektif sahaja.

Aku tahu cikgu-cikgu sibuk tapi berilah maklumat terkini kepada pelajar. Pelajar memerlukan tunjuk ajar biarpun mereka ini malas(macam aku) namun akhirnya mereka akan sedar dengan tunjuk ajar yang diberi. Macam penggunaan internet bukanlah semata-mata untuk myspace sahaja namun boleh digunakan untuk belajar skill-skill baru seperti mereka design untuk baju-baju t-shirt seperti yang dihebohkan oleh Syefa. Dari situ ia akan memberikan keseronokan kepada pelajar dan juga cikgu. Tidak semestinya pelajar-pelajar perlu bersukan selapas habis sesi pembelajaran. Selalunya pelajar yang nakal tidak diberi perhatian dan tidak dipedulikan. Mereka selalu tidak datang ke sekolah. Sepatutnya cikgu membimbing pelajar-pelajar ini pada benda yang mereka suka. Memberikan galakan pada apa yang mereka minat. Tidak semua pelajar itu dapat menjadi doctor dan dengan itu tidak perlulah cikgu membiarkan mereka ini dan terus menyanjungi pelajar yang mahu menjadi doctor atau yang memperoleh 7A atau 15A.

Aku cakap begini kerana aku sakit hati bila pelajar-pelajar lepasan sekolah tidak lagi mahu melanjutkan pelajaran dan mengalah dengan mengatakan mereka tidak pandai. Sikap merendah diri dan tidak tahu mencuba. Ini merupakan masalah yang kronik. Jika pada zaman persekolahan mereka diajar dengan sikap mencari maklumat dan respond kepada maklumat semasa benda ini tidak sepatutnya berlaku.Dimana pelajar hanya melihat benda di depan mata. Pelajar-pelajar lepasan sekolah seharusnya tidak mengalah bila permohonan untuk ke universiti tempatan ditolak atau bila keputusan exam mendukacitakan. Banyak alternatif lain yang boleh dibuat dan dituju. Bukan dengan mengalah dan berkerja sebagai cashier atau pemandu bas.

~~~~~
Nota Editor: Setujukah anda dengan Zahra? Adakah anda rasa terkongkong dalam sistem pendidikan Malaysia hari ini? Sila berkongsi komen anda di bahagian bawah.


7 Responses to “Pendidikan di Malaysia sungguh terrer”


  1. 1 sakiinah
    February 1, 2008 at 5:26 pm

    Hoho i disagree..well,bukan sistem pendidikan saja yg salah,atau guru yg salah,atau pelajar yg salah,semua sama2 salah. In my opinion lah kan, kita sbg pelajar juga perlu ada inisiatif untuk belajar & cari maklumat terkini,meaning berdikari. Internet kan ade? klik je la .Wpun x semua ada akses tapi saya lihat budak umur 7 tahun pun dah tau guna komputer, bagi je komputer,tak sampai berapa lama dah reti guna.Kalau nak tahu pendidikan sex,taip je kat google,berlambak ade hoho.cikgu2 pun segan nak ajar,tak semua org bfikiran terbuka,paham2lah kita ni negara timur so ambil masa sket nak ajar benda2 cmtu.

    Guru2 dibebani bnyk keje,sbb tu selalau sibuk,kursus la,mengadung pastu cuti bersalin(setiap guru ada giliran mengandung masing2 tau kat sekolah! Tanya je la cikgu2, kerja kerani pun diaorg yg wat,buat surat, nak panggil ibu bapa mai sekolah cukup susah.Bila repot ttg anak dia x bagus,buat hal dsb semua tak percaya,semua salahkan cikgu,pastu saman…buku2 marking tu,budak cuti,diaorg still marking (termasuklah pensyarah).Best ape pi cameron,bukan senang nak g, saya pun terlepas bnyk trip.huhu

    Ada guru yg mmg x reti guna komputer, x tahu mcm mana nk ajar dgn kreatif dan mmg tak tahu. Sbb diaorg mungkin hidup zaman berbeza,zmn di mana guru mengajar,pelajar dgr ckp cikgu. Masa tu ade je pelajar yg mendengar kata. Skrg ni? Nak suruh diam sekejap je dah bising balik.Mana tak tension?

    Jadi apa yg mereka boleh buat ialah ajar ape yg mereka tahu.Cuba utk satu hari,kita ajar budak tadika, fikir mcm mana cara termudah nak bg student faham,susah.Tanya je la bakal2 cikgu, betapa susah nak buat teaching planning hanya utk satu jam itu belum satu hari.

    Ada pulak student yg mmg xleh blajar bab2 nombor-menombor (tmasuk la saye ni) tapi bab2 membaca dia reti la sket(bolehlah).Jadi xleh salahkan student yg mmg had otak dia setakat tu je.Ada student yg cuma menonjol dlm bidang sukan tapi akademik fail so pergilah sekolah sukan(sbb tu kita ada olahragawan).Jadi masing2 ada had kemahiran masing2 yg sbnrnya bergantung pada kita utk explore dan cabar diri utk buat sst. Sesungguhnya manusia itu takkan berubah selagi diri sendiri tidak mengubah nasibnya.

    Saya sendiri pun pernah jumpa cikgu ekonomi yg sgtlah bosan & mengantuk kalau dia mengajar,tapi,hanya krn saya x faham,tak smestinya saya perlu biar mcm tu je,tuition kan ade? Pergilah berguru dgn mrk yg boleh buat u faham.Tanyalah dgn mrk yg faham. Semua faktor perlu di ambilkira @ konteks & latarbelakang hahaha..samada latar blkg guru,murid,sistem pendidikan.

    Kalau tgk universiti pulak,kalau u all rasa pensyarah tu bosan, tak kreatif mengajar, kenapa takde yg bertanya, ada soalan..?? semua senyap pastu komplen tak faham. Bila jumpa lecturer,tak wat readings dulu, tak prepare siap2 ape yg tak faham, ape yg diaorg tak faham pun diaorg tak tau (mana la Mrs. Money tak marah ;P)

    Kalau korang persoalkan pensyarah tak kreatif,kenapa xde pengajaran yg lebih praktikal dsb, kenapa masa presentation, korang sendiri pun tak kreatif dan sekadar baca,ingat senang nak bagi student faham? Tgk je la presentation korang, kalau korang sendiri tak faham ape yg korang present, mcm mana org lain nak fhm? Bayangkan je la ape yg pensyraha ke TUTOR tu terpaksa buat utk bagi korang faham. hoho

    Perlu diingatkan,universiti adalah tmpt untuk ‘polish our mind not our hands’,di sini kita perlu berdikari,cari readings sendiri (especially pada junior2 yg suka minta nota senior) bukan salah cuma kalau boleh cari la dulu,jgn mengharap pada senior ja,tah bape tahun dulu punya nota, syllabus dah tak sama cik adik oii..

    Yg pasti,sistem mmg perlu diperbaiki tapi jgnlah hanya menuding pada kesalahan org lain,lihat diri sendiri. Semoga guru2 akan datang lebih kreatif , memang ke arah tu pun sbb pemilihan KPLI semakin ketat termasuk kat usm ..inside informer ade hehe,usaha sedang dilakukan tapi sabarlah sikit,sambil2 tu perbaiki la diri dulu, jgn kuman di seberang laut nampak, tapi….sambung sendiri. No offence.

  2. 2 zara
    February 2, 2008 at 2:45 pm

    Ehemm..dari sistem pendidikan negara kitalah semuanya berpunca.Kalau sistem sudah
    lapuk dan tidak bersistematik maka semuanya akan tunggang langganglah.

    Internet memanglah ada tapi kalau hanya untuk mencari hiburan sahaja buat apa.
    Banyak yang perlu diajar oleh guru-guru nie kepada pelajar mengenai penggunaan internet.Bagaimana nak cari bahan dari library maya atau nak dapatkan journal dari sumber yang dipercayai contohnya.Kalau tidak takkan lah perpustakaan kita buat bengkel krisalis tu.jawab sikit.Memanglah budak 7 tahun ke 4 tahun ke boleh buka internet tapi boleh ke mereka menggunakan internet nie secara maksimum penggunaanya.Banyak aplikasi yang mereka perlu belajar.Bukan hanya dengan memegang tetikus sahaja dan banyak lagi yang perlu cikgu-cikgu nie pandu pelajar-pelajar mereka untuk mencari maklumat.Misalnya maklumat mengenai penyakit-penyakit STD.Bukanya budak-budak nie tahu nak cari simptom-simptom nie dimana dan juga nak tengok image-image simptom nie dimana.
    Segalanya perlu juga ada orang yang mengajar.Tidak kiralah sama ada formal atau tidak.Kenapa pulak cikgu-cikgu ini mengajar benda-benda penting ini perlu malu.B
    enda ini dah taboo.kalau macam itu lah pemikiran kita sampai bila kita tidak akan berubah dan kedepan.kalau nak ambil masa sampai bila?sampai semuanya sudah tidak dapat dibetulkan?begitu?

    memanglah mengajar susah itu bagi orang biasa yang bukan bergelar cikgu.tapi bagi mereka yang sudah ada pendidikan untuk menjadi cikgu benda itu seharusnya senang.bukan kah sebelum seseorang itu menjadi cikgu mereka telah diajar bagaimana untuk mengajar dan mengatasi stress.kalau dah kata susah tu jangan jadi cikgu lah begitu juga dengan perasaan malu.cikgu kalau dah malu anak murid apatah lagi.terus jadi macam patung.malu bertanya dan berfikir pun malu.lepas tu kata ini bukan budaya kita.

    tidak semestinya orang itu teruk dalam akademik menyebabkan dia menjadi ahli sukan.tidak setuju sama sekali.begitu juga dengan orang yang terlibat dengan seni.ada dari mereka yang bagus dari segi akademik tapi kerana minat mereka mahu terlibat dalam sukan dan seni.bukan semua orang sesuai untuk menjadi doctor.
    dan semua ini bukan sahaja terletak pada minda tetapi melibatkan minat.
    Dan kalau sistem pendidikan negara itu sendiri menggongkong cikgu-cikgu dengan akta akta yang membolehkan pemikiran kita ini jadi jumud manakan boleh negara menghasilakn rakyatnya yang bagus-bagus gitu.apa komen anda?

  3. February 2, 2008 at 3:40 pm

    sakiinah,

    WOW. sakiinah, u sure are very optimistic. i totally understand that you sympathze with the teachers (my mom is a teacher), but you are merely making excuses for them. Although i do agree wif you to a certain point (yes , we cant solely blame the teachers) but theres IS a PROBLEM with our education system and everyone is partially responsible , so now its time to get off our asses and do something about it! lets start wif the teachers :-)

    Yes, teachers are people too. they have a life, they want to marry and bear children. But they also have a job to do. if they cant do this and that cuz they have to get pregnant etc. who’s gonna do their job for them?

    and i also agree wif u that every1 should take up their own initiatives to learn and gather info but not evryone can afford to that. do u know that only 48% of m’sians have access to the internet? (mostly in the klang valley, ipoh n penang) What bout students in the rural areas of pahang and sarawak? whre are they goin to get these info?

    and PUHLEASE dont gimme that absolute bullshit (im sorry, i cant help it) on how teachers malu nak mengajar pendidikan sex cuz its not budaya timur. that is NOT and excuse. surfing the net to look for info on sex?? have u ever tried googling the word ’sex’? do u know that there are millions of pornographic materials online? do u reeally want your children to have their 1st formal sex education throught pornography?
    think about it.

    i reli dun agree wif u when u mentioned that teachers dunno how to use computers, so its ok if theyre not creative in the classroom. Naturally, when u dunno something (esp. if its part of your profession) you LEARN it. plus, i know for a fact that the kementrian gives special kursus to cikgu2 yang tak tau guna komputer

    for students wif learning disabilities (like me, tak pandai mats) teachers should be helping them overcome it by giving them special attention. i know sometimes its impossible to do this because some classes are reli big. and for students with other special skills aside frm academic, teachers should be responsible to GUIDE them. its their JOB

    and to answer your question on why kita tak komplen bila ada pensyarah yang boring bla bla bla …simple; its because the education system TRAINED us not to. Dari sekolah rendah lagi, kita dah diajar not to question the teachers, and to digest everthing dat is taught. we are the the product of the malaysian education system.

    maybe now, we can all start thinking of the ‘penyelesaian’, not just giving ‘alasan.’

  4. 4 Shamala Suresh Kee
    February 2, 2008 at 5:52 pm

    Saya setuju dengan zahra yang guru-guru seharusnya mementingkan pelajar dan bukannya melihat kepentingan sekolah. Namun, guru juga manusia biasa, ada keinginan dan cita-cita tinggi.Kelemahan inilah yang sering membuatkan mereka terpesong. Profesion perguruan adalah suatu profesion yang mulia. Bahkan, ada teman waktu sekolah yang menolak tawaran ke Russia untuk membuat perubatan untuk memilih kursus perguruan di USM. Oleh itu, individu yang memilih untuk menjadi guru perlulah mahu menjadi guru dan bukannya dipaksa

  5. 5 sakiinah
    February 6, 2008 at 12:20 am

    wah wah baru berapa hari tak jenguk ada yang dah menjawabnya. Baiklah, tuan ‘menjual’ saya ‘membeli’. Ini jawapan hamba:

    1) Yes,internet usage mmg depends on who have access,power & the usual answer la kan. but, u have to know that, belajar is not just by internet, not just by teks, not just by the books but it involves a process to understand & understood. Thats why, in Islam as we know, the first ayat is ‘Iqra’ meaning ‘baca’. Which,tuan2 dan cik2 sekalian, pd zmn Rasulullah & Rasullullah SAW sendiri tak reti membaca. So, SAW was told to ‘ikut’ meaning follow what Jibril said, meaning, another indication that we have to watch & follow the teachers & surrounding, how they act, learn & sampaikan in order to gain knowledge.By this i indicate that the responsibilities is not solely on teachers but also the parents, family ,society, surrounding and the whole process of the individual itself.Meaning take account in many factors.

    2)There are not many teachers who can actually teach like what we ‘dream’ of. Bcoz,remember back,that when everyone of us was asked on what they want to be in the future masa sekolah, most of us & till now too have stereotypes that they want to be ‘doctors’ and ‘lawyer’ etc. Not many wants to be teachers,so did in the end that teachers are now was seen as the last options for a job. So, if all the good students became doctors & lawayers etc, how are we going to get ‘good’ teachers now? A point to ponder.

    3) Ok, so there are a need of sex education & such. But wait,what happen to UK? The number of teenagers ‘experimenting’ sex at a young age (even 10-12 years old) are rising up eversince the implemation,which gave them another headache on how to curb that problem. Teenage prostitutes have risen,even a 14 years old sells her body nowadays either for pleasure @ luxury. This give us another point to ponder on what kinds of sex education that we should be giving to them? Perhaps a research to understand what kind of methadology to implement, meaning not to simply give one text book of it and expect students to be aware of it. Sex education is actually a ‘reaction’ by gov. on the needs of sex edu due to the rising sex involving cases. Same as hubungan ethnic which i dont agree partly bcoz they expect us to go to lecture and be so hubungan etnik about it when in the end its just theoritically not practical unless there are 100% involvement by all regardless of race through the assignments for example, or lecturers who can actually give lectures of the true meaning of hubungan etnik.

    This means, it is not as easy as that to put everything on the teachers burden bcoz once, we find teachers, we ‘berguru’ with teachers and its so hard to be excepted as students, and we respect whatever methods they give,we honour them,we even gave ‘rotan’& ‘rela’ dirotan if we did wrong. That kind of respect are no longer there which is sad. Bcoz no matter how bad a teacher treat you, they are after all your teacher, your parents. If the family (home) upbringing are not strong (educationally & love), it is hard for teachers to enhance their knowledge and shape their students bcoz the real facts is they are only there to guide you,the rest is for you to find out.

    Let me share a story with all of u, a poor student was sent to a foreign country full of mat saleh back when A’s was hard to get,studying overseas requires him to loan from his relative & luck that he got a bit of scholarship. He and his group had this ‘pilih kasih’ teacher,who only speak english to them,who don’t teach them a thing,and treat him as shits.That subject was engineering,mind you.So,they have to somehow in the end score,so to score is to set up their own study group and try to understand & teach each other what they know.Which enventually in the end is a happy ending-lah bcoz he is now my dad.hehe. This shows that,despite all the hardship of studying,obstacles you face,it is a reason for you to study & give you reason not to make excuses not to study just bcoz the teacher is bad etc.Bcoz you are what your teacher taught.You are the ‘product’ of the systems itself (as you yourself admit,so do i).Learning is a journey,a self discovery,so it doesnt necessarily means that you have to rely on teachers only bcoz there are ‘other teachers’ who can teach you in a different form. So, dont see it as whole but take account other factors too as we have learnt.

    The sukan thing is just a matter of saying that those who may not be good in academic may not end up as academicians,they may have other potentials that they will figure out someday later. Myself pun ada friends yg whines and mudah mengalah etc,it is sad, but i try to look it positively or optimistic if you want to see it that way,bcoz if we loose hope on that,what is there to live for? sO, These friends that you face, the only way to help them is to be there as a friend. No matter how bad they’ll end up, it is our responsibilities as a friend to lift them up & not make them feel down etc.You know,the usual whats a friend for.Coz,no matter how you see them living in a screwed life or whatever,they will one day discover their strength & abilities(with us & those around them helping to direct the right way) bcoz u cannot ‘get up’ before you ‘fall’, ‘cry’ before you ’smile’ and so on.

    May this answer your question. Happy Holiday =)

  6. February 25, 2008 at 5:32 pm

    come on sakinah, no need to get defensive. i was merely responding to your previous post (in relation to zahra’s post) :-)

    .
    yes i know, teachers are ppl too , ramai yang jadi cikgu sebab terpaksa. ramai gak yang jadi doktor, lawyer sebab terpaksa, but thats not the reason for them to suck at their job rite?
    for me, watver kita kerja , kena la buat dengan ikhlas dan sungguh sungguh. when a student have a problem, teach him/her, bukan pakai bantai dengan rotan je.

    what i was trying to say (in a nutshell) was, the education systems is shitty and there should be a solution to this. thats all.. takde kaitan pun dengan friendship or society bla bla.

    ps: sex education encourages young people to have sex? hmm i think thats a very narrow way to look at the issue, dont you think? maybe someone from komunikasi kampus should attend the sex workshop by the Persaudaraan Kristian and share what they think :-)

  7. 7 sakiinah
    March 2, 2008 at 11:26 am

    sorry ..tak perasan ade reply. well,then that was my response tu you la. im only saying that things are different in Malaysia situation coz as we know not all students-teachers are the same. try read frank mc court – teachr man check at borders Qb – history of ireland (dunno how a novel like that end up a ‘history’). it gave a point of view of teachers and student.
    despite all, our edu systems still have room for improvement. thats all~

    p/s: that was the result of what have been implemented in UK situation. Meaning,there are still some parts that they need to figure it out so that it wont get worse :)


Leave a Reply