22
Sep
07

Adakah aku tahu?

Oleh Sitinurul Zahra

Baru-baru ini negara kita baru menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-50. Banyak program yang disusun untuk memeriahkan lagi sambutan. Nampaknya banyak program yang dibuat itu tidak pun memperkasakan masyarakat mengenai cabaran mahupun mengenai tanggungjawab mereka terhadap pembangunan dan ketenteraman negara. Program yang dijalankan hanyalah bertujuan untuk menghiburkan dan melalaikan masyarakat sahaja.

Sebagai seorang individu yang merdeka kita perlu tahu mengenai apa yang berlaku dan dapat membuat penilaian terhadap perkara yang memerlukan perhatian. Lebih-lebih lagi sebagai warga institusi pengajian tinggi. Kita tidak seharusnya akur dengan segala perintah yang diberi.Kita sepatutnya mempersoalkan perintah tersebut.Ini kerana kita bukanlah haiwan mahupun pelajar sekolah. Seharusnya mahasiswa dan mahasiswi dapat berfikir secara kritikal dan mengutarakan idea yang bernas mengenai sesuatu yang diutarakan. Dengan ini pelajar institusi IPTA haruslah banyak membaca, bertanya dan berbincang.Ini membuatkan seseorang itu dapat memahami sesuatu topik itu dengan lebih jelas dan mendalam.

Hari ini dapat kita lihat para pelajar di IPTA tidak lagi suka untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Apa yang penting bagi mereka adalah untuk mendapatkan pointer yang tinggi dengan harapan agar dapat kerja dengan gaji yang lumayan. Bukan begitu? Universiti-universiti tempatan kini menjadi kilang bagi mengeluarkan input untuk syarikat-syarikat. Inikah yang diharapkan oleh rakyat dengan harapan agar mahasiswa dan mahasiswi agar membela nasib mereka dan memajukan negara?

Kita harus sedar akan peranan kita sebagai pelapis pemimpin negara.Peranan ini meliputi dari segi ekonomi, sosial dan juga politik. Namun apa yang telah terjadi kini? Jualan akhbar tabloid seperti Kosmo dan Metro lebih dari jualan akhbar Utusan dan Berita Harian. Ini memberikan kita gambaran yang masyarakat tidak lagi suka untuk membaca mengenai isu yang memerlukan mereka untuk berfikir. Keadaan ini juga berlaku pada warga kampus yang tidak lagi suka membaca bahan yang berat-berat. Mereka lebih senang dengan berita-berita yang melibatkan isu-isu sensasi yang tidak memberatkan kepala mereka. Jika hal ini berlarutan maka harga bagi output yang dihasilkan oleh universiti kita tidak lagi berharga. Mereka akan dinilai sama seperti orang awam yang lain.Mahukah perkara ini terjadi?

Fenomena ini jika dilihat dengan lebih jauh dapat dikatakan dengan adanya sekatan dari pihak kerajaan meyebabkan para pelajar IPTA tidak lagi mempunyai mood untuk menjadi agresif untuk mengambil tahu mengenai apa yang berlaku. Berlakulah sikap ambil mudah. Ini kerana mereka tidak diberi peluang untuk meyuarakan pendapat atau memperjuakan sesuatu yang mereka percaya. Kenyataan ini sungguh memilukan jika inilah sebab utama mengapa pelajar IPTA semakin pasif.

Sesungguhnya halangan yang ada itu bukanlah alasan bagi kita untuk menjadi seorang yang suka lepas tangan. Sebagai seorang warga IPTA kita haruslah bersikap profesional dimana kita tidak seharusnya mengabaikan tanggungjawab kita untuk memajukan dan mejadikan negara kita lebih baik (demokrasi) untuk masa akan datang. Kebebasan masih ada dan janganlah disebabkan negara kita kelihatan tenteram dan harmoni kita lupa akan perkara yang sepatutnya kita tahu. Terutamanya mengenai hal-hal yang membabitkan hak-hak kita sebagai seorang manusia yang merdeka.

~~~~~

Editor’s note: Please feel free to leave your comments at the comments section below. Is apathy natural? Tell us.


2 Responses to “Adakah aku tahu?”


  1. September 24, 2007 at 9:15 pm

    interested in the “reading” part that you mention before.
    for me, if you cant beat them, join them!

    the fact that youngsters nowadays are too lazy to read is unavoidable.
    i hate books. but i love blogs. and the articles on the net too.

    the “trendy” youth nowadays find that reading book is an act of social-suicide.
    well, not all of them.
    some of them are just too lazy to pick up a book. let alone buying them!

    so the only solution is to go with the flow.
    use the internet wisely.
    ebook is not something unfamiliar to the people who knew how to operate the net.
    it is less fussier and fun.
    you can read almost anything.
    blogs are readable items too.
    youth find that reading through somebody’s “journal” is fun and sometimes educational.
    we dont hate reading.
    its just the matter of the medium of reading that the youth nowadays chose.

    dont forget.
    we youth might not read the traditional newspaper, but we constantly logged on to the net, reading news from the pages of utusan online, the star online and so on.

    take fahmi reza for example.
    he knew that youth are totally not interested in history of malaysia.
    he knew that youth today does not read anymore. they are into visualisations.
    so he made a short docu that projects the other side of perjuangan merdeka that we didnt knew of
    and he succeeded in grabbing the youth attention and at the same time, made them aware of the issue that he is trying to raise in his 30 minutes docu.

    we youth are not really THAT shallow.. =p

    anyways..job well done siti!
    *clap*clap*

  2. September 26, 2007 at 1:57 pm

    haha…sgt tepat syefa! we read…the ‘other’ way. mari membaca ;)


Leave a Reply