Oleh Sitinurul Zahra
Baru-baru ini negara kita baru menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-50. Banyak program yang disusun untuk memeriahkan lagi sambutan. Nampaknya banyak program yang dibuat itu tidak pun memperkasakan masyarakat mengenai cabaran mahupun mengenai tanggungjawab mereka terhadap pembangunan dan ketenteraman negara. Program yang dijalankan hanyalah bertujuan untuk menghiburkan dan melalaikan masyarakat sahaja.
Sebagai seorang individu yang merdeka kita perlu tahu mengenai apa yang berlaku dan dapat membuat penilaian terhadap perkara yang memerlukan perhatian. Lebih-lebih lagi sebagai warga institusi pengajian tinggi. Kita tidak seharusnya akur dengan segala perintah yang diberi.Kita sepatutnya mempersoalkan perintah tersebut.Ini kerana kita bukanlah haiwan mahupun pelajar sekolah. Seharusnya mahasiswa dan mahasiswi dapat berfikir secara kritikal dan mengutarakan idea yang bernas mengenai sesuatu yang diutarakan. Dengan ini pelajar institusi IPTA haruslah banyak membaca, bertanya dan berbincang.Ini membuatkan seseorang itu dapat memahami sesuatu topik itu dengan lebih jelas dan mendalam. Continue reading ‘Adakah aku tahu?’
Recent Comments